Wednesday, December 2, 2009

Tomato Dapat Mengatasi Kedutan Pada Wajah

Tahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Dari kajian para saintis, Lycopene juga terkenal dengan khasiatnya dalam memerangi sakit jantung dan Kanser. Oleh itu menggunakan tomato dalam menu anda adalah banyak khasiatnya kerana selain untuk tujuan kecantikan tomato dapat menghindar diri kita dari penyakit lainnya.

Mengambil tomato sebahagian dari diet anda adalah sangat menguntungkan justeru kehebatannya dalam mencegah kerosakan kulit yang di sebabkan oleh radikal bebas. Makanlah buah tomato ini dengan banyak dan berterusan selama 10 minggu dan anda dapat lihat kesannya terhadap kulit anda. Campurkannya dengan minyak zaitun atau mayonis dan jadikan menu wajib anda setiap hari.

Anda juga boleh jadikan tomato sebagai sos di dalam hidangan pizza, spegetti dan sup. Jangan bimbang jika buah tomato ini di masak kerana ia tidak akan merosakkan Lycopene di dalamnya, bahkan kandungannya meningkat sebanyak 4 kali ganda.

Sebaiknya minumlah jus tomato satu gelas setiap hari untuk mendapat khasiat yang berterusan daripadanya. Jika anda tidak suka akan rasanya, mulai dari saat ini anda belajarlah untuk menyukainya kerana buah ajaib ini dapat membantu anda kelihatan awet muda.

1 comment:

armouris said...

info tentang khasiat tomato di SIHAT SELALU - Khasiat Tomato