Tuesday, November 2, 2010

Khasiat Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Sumber artikel dan gambar: dari sini

Thursday, August 5, 2010

Khasiat Buah Strawberri


















Apa kehebatan buah Strawberry?

Dikenal dengan nama latin Fragaria rosaceae, buah Strawberry yang tumbuh menjalar ini kaya akan vitamin C, buah ini juga mengandung fitonutrient dan antioksidan yang memerangi radikal bebas. Unsur antioksidan inilah yang dipercaya memberikan warna merah pada buah Strawberry.

Selain itu, buah Strawberry juga mengandung Vitamin K, mangan, Folic acid, potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan omega-3.[break]

Kebaikan Buah Strawberry

Dari segi kesihatan, kandungan nutrisi yang dimiliki Strawberry ini sangat baik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit, di antaranya:

1. Arthritis
Dalam kes ini otot akan menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil Strawberry secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.

2. Kanser
Oleh kerana buah strawberri mengandung unsur anti oksidan sudah tentu buah ini dapat membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.

3. Kesihatan mata
Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan ini dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan akan dapat dicegah.

4. Kerosakan Fungsi Otak
Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, namun ia juga mengancam fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut dapat dicegah.

5. Tekanan darah tinggi
Strawberry mengandungi potasium dan zat besi yang tinggi, oleh itu ia sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

6. Penyakit jantung
Kerana kandungan serat yang tinggi, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberry sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.

Saturday, July 31, 2010

Pati Bunga Raya Mampu Kurangkan Kolestrol



Tahukan anda bunga raya didapati mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Menurut satu penyelidikan dari Perbadanan penyiaran Britain ( BBC ), pati bunga raya dapat mengurangkan kolestrol dalam tubuh badan manusia.

Sepasukan penyelidik dari Universiti Perubatan Chung San di Taiwan juga mengatakan bunga raya mengandungi antioksida yang mampu mengawal tahap kolestrol dan penyelidik-penyelidik tersebut juga berminat untuk meneruskan kajian untuk memberi kesejahteraan hidup manusia.

Sunday, July 25, 2010

Khasiat Daun Sirih




















Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih ( Piper betle L. ) mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.

Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih..

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.

3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang

4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.

5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal - gatal kulit seperti kurap dan kayap.

6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.

7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.

9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.

10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.

11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

12. Merawat penyakit sendi dan bisa - bisa tulang.

13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Thursday, July 22, 2010

Tips Kempiskan Perut





















Umum semua tahu melakukan sit-up dapat mengecilkan atau mengempiskan perut.... Tetapi persoalannya berapakah jumlah sit up yang perlu dilakukan untuk mengecilkan perut kita?. Sit up atau bangkit tubi memang tidak asing bagi wanita. Aktiviti ini adalah paling berkesan untuk mengempiskan perut dan menghilangkan lemak lemak di kawasan perut. Gerakan sit-up ini juga dikatakan dapat membantu wanita memiliki perut yang nipis, tegang dan cantik. Sebenarnya bangkit tubi yang di saran kan adalah 24 kali turun naik. Ini bermakna anda haruslah membuat sit-up sebanyak 8 kali dengan 3 kali pengulangan yang melibatkan otot perut. Itu sudah cukup memadai bagi anda. Lakukan aktiviti ini sebanyak 2 kali sehari.



Wednesday, June 23, 2010

Khasiat Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Khasiat Kacang Soya

Tahukah anda kacang soya mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita!. Pelbagai ujian dan penyelidikan sudah diterbitkan tentang keupayaannya dalam melindungi tubuh badan manusia dari serangan penyakit kanser Prostat, Kanser payudara dan Osteoporosis.

Soya mengandungi jumlah protin yang sangat tinggi. Bahkan ia sangat kaya dengan kalsium, zat besi, zink, fosforus, magnesiun, vitamin B, asid lemak Omega 3 dan juga serat.

Anda sudah tahu begitu banyak khasiatnya, makanlah sumber makanan yang di perbuat dari kacang soya seperti air kacang soya, tauhu, tempe dan sebagainya sebanyak mungkin untuk tubuh badan anda!!

Monday, May 24, 2010

Khasiat Bawang Merah

Tahukah anda bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang dapat mengelakkan diri anda mendapat penyakit!. Jika anda tidak suka makan bawang merah, mulai dari sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain dari fungsinya menyedapkan rasa pada makanan ia juga dapat memberi tubuh kita kesihatan yang baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:

1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.

2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.

3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.

4. Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.

5. Jika anda mempunyai bisul sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.

6. Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk makan.

7. Jika anda menghadapi kabur penglihatan dan sakit telinga banyakkan makan bawang merah kerana bawang merah membantu mengurangkan masalah anda.

8. Biji bawang merah dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.

Sunday, May 9, 2010

Khasiat Haruman Aromaterapi

Tahukah anda haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh anda!. Berikut merupakan antara haruman aromaterapi dengan fungsi-fungsinya tersendiri.

1. Rosemary. Ia berkesan untuk mempertingkatkan konseterasi minda. Kajian dari International Journal Of Neuroscience mendapati, respondan yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsenterasi yang lebih baik berbanding dengan yang lain.

2. Eucalyptus atau minyak kayu putih. berkesan dalam mengubati demam selsema. Kandungan eucalyptus membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak.

3. Vanila. Haruman vanila bertindak mengawal nafsu makan trhadap makanan manis. Haruman vanila akan merangsang fungsi hormon Serotonin yang dapat menhilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.

4. Lavender. Jika anda menghadapi masalah stress, haruman lavender dapat membantu anda. Menurut journal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit, mampu menurunkan tahap hormo Kortisol yang terhasil semasa stress.

5. German Chamomile. Ia berfungsi merakan senak perut dan sindron pra menstruasi. Kandungan yang ada padanya berfunsi sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.

Friday, May 7, 2010

Teknik Memakai Maskara

Adakah anda ingin mata anda nampak lehih menyerlah dan cantik!. Pemakaian maskara dapat membuat mata anda nampak lebih menyerlah dan lebih galak lagi tetapi teknik yang betul mestilah diikuti. Berikut ada beberapa tips pemakaian maskara....

1. Bersihkan terlebih dahulu berus maskara yang hendak di gunakan dengan tisu untuk mencegah sapuan bergumpal.

2. Sepit bulu mata anda dengan penyepit khas.

3. Sapukan maskara dengan gerakan ke depan dan kebelakang.

4. Sapukan maskara ke bulu mata tengah. Kemudian sapukan dengan membuat goresan panjang kearah luar dengan berus maskara.

5. Last sekali sapukan dari akar bulu mata sehingga he hujung bulu mata. Ini akan menghasilkan bulu mata yang panjang dan lentik.

Selamat mencuba!!


sumber: Karangkraf

Wednesday, March 24, 2010

Tips Kesihatan Untuk Kecantikan Mata

Adakah anda inginkan mata yang cantik dan sihat? Berikut adalah tips berguna untuk anda memelihara dan mendapatkan mata yang anda idamkan.

1. Pengambilan telur. Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.

2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida. Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3. Banyakkan mengambil Omega 3. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

4. Supplemen. Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnyakecuali atas arahan doktor.

5. Menjaga tekanan darah dan berat badan. Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.

Sumber : Karangkraf

Tuesday, February 23, 2010

Khasiat Buah Kurma

Berikut adalah khasiat buah kurma:

1. Memberi tenaga dengan cepat kerana mengandungi kalori yang tinggi serta mudah dihadamkan.

2. Mampu membantu merendahkan risiko serangan angin akhmar.

3. Mengandungi karbohidrat yang tinggi dan dapat memberi tenaga.

4. Mengandungi Kalium yang berfungsi untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah. Ia dapat membetulkan denyutan jantung dan mengaktifkan otot-otot serta mengatur tekanan darah.

5. Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh menjadikan buah kurma buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.

6. Kurma mengandungi pelbagai vitamin termasuk vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin,zat besi, vitamin B, asid nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi.

7. Kurma mengandungi banyak garam galian seperti magnesium, potasium, dan kalsium.

8. Serat yang terkandung dalam kurma dapat membantu melancarkan serta mengaktifkan fungsi usus.

Khasiat Minum Air Suam

Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.

Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.

Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan. Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda.

Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.

Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Wednesday, February 10, 2010

Pemakanan Anti Oksidan

Kandungan anti oksidan yang tinggi dalam makanan sememangnya di perlukan untuk tubuh.

Tetapi tahukah anda anti oksidan yang terdapat didalam beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran terbukti mampu bertahan dalam tempoh yang cukup lama. Namun ia bergantung juga pada kaedah penyimpanannya, seperti di dalam peti sejuk.

Berikut adalah antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu menyimpan anti oksidan dalam tempoh yang lama.

1. Tomato. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 36 hari.

2. Lada benggala. Anti oksidannya pula mampu bertahan sehingga 14 hari.

3. Bayam. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 19 hari.

4. Brokoli. Manakala anti oksidannya pula mampu bertahan sehingga 27 hari.

5. Anggur. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 14 hari.

Khasiat Susu

Susu mengandungi kandungan semulajadi 'Beta Hydroxyl Acids' yang dapat menanggalkan sel-sel mati juga melembutkan kulit serta membuatnya bercahaya.

Mandi susu dan madu adalah mandian yang paling digemari sepanjang masa. Selain ia sangat baik untuk kulit ia juga baik untuk rambut kerana protien di dalam susu dapat menjadikan rambut berkilau dan lembut.

Kandungan susu yang dicampur biji-biji gandum pula baik untuk kulit sensitif kerana ia dapat melembutkan dan memberi kelembapan pada kulit

Selain itu produk susu juga sangat baik jika di gunakan pada kulit bayi juga pada peringkat umur seterusnya hingga dewasa.

Tuesday, February 2, 2010

Khasiat Asparagus

Asparagus yang dikenali sebagai 'asparagus officinalis' berasal daripada keluarga 'lliaceace' sangat kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C juga niacin.

Ia mengandungi unsur-unsur yang baik untuk organ seperti jantung, hati, paru-paru, limpa, kulit, pankreas, kelenjar tiroid, pineal, dan adrenal.

Asparagus juga mengandungi bahan bernama 'asparajin' yang membolehkan sistem badan dapat membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul didalam badan.

Jus asparagus sangat berkhasiat kerana mengandungi mineral yang tinggi juga merpakan penawar bagi penyakit kulit seperti eczema dan ruam serta menjadikan darah bersifat lebih beralkali. Tidak hairanlah jika Maurice Massegue, iaitu seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus ini sebagai rawatan yang berkesan kepada penyakit gangguan renal, kerana khasiatnya yang sangat tinggi.

Tuesday, January 26, 2010

Tips Penjagaan Mata

Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.

4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.

4. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

5. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.

6. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.

7. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

Thursday, January 21, 2010

Tips Solekan

Jika anda inginkan tips solekan ringkas dan santai, berikut adalah beberapa tips dari pakar solekan untuk membantu anda.

1. Sebelum wajah anda dirias, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu. Gunakan pelempab atau moisturiser yang mengandungi pelindung matahari untuk memelihara kulit anda.










2. Kemudian sapukan foundation atau bedak asas mengikut warna kulit, keseluruh wajah anda.




3. Setelah rata, sapukan bedak debu atau loose powder. Sapukan dangan lembut dan rata .


4. Bagi membolehkan sapuan nampak lebih kemas dan rata, sapukan wajah anda dengan bedak dwi cara.










5. Untuk solekan mata pula, gunakan pembayang mata warna ungu serta kelabu. Anda juga boleh mengunakan warna-warna gelap di bahagian mata untuk menyerlahkan mata anda. Gunakan pensel mata untuk membentuk bahagian mata diikuti dengan maskara.











6. Kemudian sapukan pemerah pipi dengan berus lembut. Gunakan warna yang lembut agar nampak lebih semulajadi.











7. Untuk bibir, sapukan lipstik berwarna merah jambu atau lebih lembut untuk menampakkan bibir anda lebih natural. Elakkan mengunakan lipstik dengan warna terang kerana ia membuatkan wajah anda lebih nampak matang dan garang.










8. Akhir sekali sapukan pengilat bibir dengan warna senada dengan lipstik.

Tuesday, January 19, 2010

Tips Awet Muda

Walaupun kita tidak dapat mencegah peningkatan umur, namun kita boleh melambatkan penuaan dan kedutan pada wajah. Berikut adalah tips-tips berguna untuk melambatkan penuaan pada kulit wajah anda.

1. Jika anda merokok berhentilah dengan segera kerana kandungan nikotin di dalam rokok dapat mempercepatkan kedutan terutama pada mata, keliling bibir dan dahi. Asap rokok menyebabkan kulit anda cepat kelihatan kusam dan kasar.

2. Pastikan tidur anda mencukupi iaitu selama 8 jam sehari. Tidur adalah sangat penting bagi membina sel-sel baru untuk kulit.

3. Sebelum tidur bersihkan wajah anda dari sebarang solekan. Gunakan krim malam ( anti penuaan ) dan krim untuk mata anda. Untuk siang hari gunakanlah moisturiser untuk mengelakkan kekeringan pada kulit. Kulit yang kering akan memyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat.

4. Lakukan senaman yang dapat mengeluarkan peluh setiap hari paling kurang 1 jam. Proses pengeluaran peluh sangat baik untuk kulit di samping dapat menguatkan organ-organ dalam badan.

5. Jagalah pemakanan anda. Banyakkan mengambil makanan secara segar seperti susu, sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah-buahan yang berwarna sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi bahan anti oksida. Antaranya seperti tomato, epal, papaya, limau, lobak merah, anggur dan sayur-sayuran hijau.

6. Jika anda mengambil minuman pilihlah air suam, air soya, susu, teh hijau dan jus buah-buahan, kerana minuman tersebut kaya dengan mineral yang di perlukan oleh badan juga mengandungi bahan anti oksida.

7. Ambillah supplemen tambahan seperti multi vitamin, vitamin C dan vitamin E.

8. Minum air secukupnya paling kurang 8 gelas setiap hari kerana air dapat membantu mengelakkan kekeringan pada kulit serta dapat membuang toksin dalam tubuh badan secara semulajadi.

9. Elakkan dari mengambil minuman beralkohol.

Monday, January 11, 2010

Khasiat Kunyit

Kunyit bukan sahaja boleh di gunakan untuk tujuan masakan sebagai penambah rasa tetapi ia mempunyai khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ia adalah salah satu daripada bahan herba semulajadi yang sangat berguna untuk wanita yang baru bersalin yang di campurkan bahan-bahan lain untuk dijadikan jamu. Dari segi kecantikan pula kunyit di jadikan campuran scrub atau lulur untuk menghaluskan kulit. Air kunyit jika di minum sangat elok untuk penyembuhan dalaman wanita.

Selain dari itu kaun India tradisional, kunyit dijadikan penawar untuk menyembuhkan penyakit seperti batuk, demam selsema dan penyembuhan luka. Para Saintis juga turut menyelidik apakah kunyit ini sangat baik untuk untuk tujuan perubatan. Hasil dari penyelidikan, mereka mendapati kunyit mempunyai khasiat berikut:
1. Anti-bakteria
2. Anti Ameba
3. Anti-histamina
4. Anti-radang
5. Anti-oksidan
6. Anti-reumatik
7. Anti-flatulen
8. Mengurangkan penyakit kencing manis
9. Meningkatkan kepekatan jus hempedu, bagi tujuan penghadaman.
10. Mengurangkan kolesterol pada Arteri Koronari
11. Mengurangkan tekanan darah
12. Menyembuhkan kebanyakan daripada penyakit penyakit respiratori

Saturday, January 9, 2010

Tips Menegangkan Payudara

Payudara wanita adalah salah satu aset paling berharga dan rata-rata wanita sangat mementingkan kecantikannya dan keanjalannya.

Terdapat banyak produk di pasaran yang sesetengahnya terbukti berkesan dalam menyerlahkan dan mencantikkan lagi bentuk payudara wanita. Tetapi tidak semuanya selamat. Anda yang menghadapi masalah keanjalan payudara sebaik-baiknya mendapatkan nasihat pakar agar tidak menghadapi risiko yang tidak baik.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan payudara adalah termasuk pemakanan yang tidak betul, vitamin atau mineral yang tidak mencukupi, menghadapi tekanan yang berlebihan dan kurang melakukan senaman.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda dalam memelihara bentuk payudara anda.

1. Ambillah makanan yang berkhasiat seperti susu, sayuran serta buah-buahan yang mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk pembesaran payudara anda. Mulakan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat ini sejak anda remaja lagi dan kekalkan supaya payudara anda sentiasa mendapat zat cukup. Pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan pembesarannya terbantut.

2. Tidur yang cukup dapat membantu perkembangan sel-sel payudara disamping mengurangkan tekanan.

3. Pemilihan pakaian dalam atau bra yang betul. Kebanyakan wanita melakukan kesilapan dalam pemilihan bra di mana kesilapan ini akan menyebabkan masalah keanjalan payudara. Jangan memakai bra yang terlalu ketat yang boleh menyebabkan pembesaran payudara anda terbantut manakala pemakaian bra yang terlalu longgar akan menyebabkan bentuk payudara anda tidak anjal dan tidak cantik.

4. Keraplah menekapkan payudara anda dengan kain yang berisi ais kerana ais dapat membantu menganjal dan menegangkan payudara.

5. Rajinlah melakukan senaman untuk menguatkan otot payudara anda. Jika anda kerap melakukan senaman otot payudara anda akan menjadi kuat justeru dapat mengekalkan kecantikan bentuk payudara anda.

Thursday, January 7, 2010

Tips Penjagaan Gigi

Bagi menjaga kesihatan dan kebersihan gigi, berikut adalah tips penjagaan yang disarankan.

1. Elakkan makan terlalu manis dan mudah melekat di celah-celah gigi.

2. Jangan merokok kerana rokok menyebabkan gigi anda kekuningan dan mengakibatkan mulut anda berbau.

3. Gunakan dental floss untuk membersihkan celah celah gigi anda. Jangan sekali-kali menggunakan pencungkil gigi kerana ia mencederakan gusi anda.

4. Gosoklah gigi anda dua kali sehari . Lebih baik jika anda jika anda mengosok setiap kali lepas makan.

5. Gunakan cecair kumuhan selepas anda membersihkan gigi untuk membunuh kuman.

6. Jagalah pemakanan anda. Banyakkan mengambil makanan yang mengandungi kalsium seperti susu dan keju untuk menguatkan struktur gigi anda.

7. Berjumpalah dengan doktor gigi setiap 6 bulan sekali untuk mendapat rawatan dan nasihat.

Monday, January 4, 2010

Tips Kuruskan badan

Adakah berat badan anda melebihi dari berat yang sepatutnya. Anda telah mencuba menurunkan berat badan tetapi masih tidak berjaya. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan.

1. Kurangkan pengambilan nasi dan makanan berlemak. Cuba gantikan dengan pengambilan roti berserat tinggi untuk mendapatkan karbohidrat bagi membekalkan tenaga untuk tubuh anda.

2. Lakukan senaman atau berjoging bagi mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

3. Amalkan melakukan sit-up paling kurang 30 kali setiap hari bagi mengempiskan perut anda dan senaman angkat kaki bagi mengelakkan lemak terkumpul di bahagian peha dan punggung.

4. Amalkan makan malam sebelum pukul tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat pada waktu malam kerana kadar meta bolisma yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.

5. Tukar cara penyediaan makanan anda setiap hari dari kaedah menggoreng atau menumis kepada kaedah yang lebih sihat seperti mengukus atau memanggang.

6. Banyakkan pengambilan Sayur- sayuran dan buah-buahan. Penuhkan peti sejuk anda dengan karot, tomato, limau, epal, kobis bunga, brokoli, pelbagai jenis salad, yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, air soya dan sebagainya.

7. Jika anda ingin memakan snek, cubalah anda memakan buah-buahan, buah tomato dan karot secara mentah. Untuk menyedapkan rasanya cuba campurkan dengan yogurt rendah lemak. Makan sehingga kenyang pun tidak mengapa kerana ia adalah makanan yang sihat.

8. Dalam proses diet, jika anda lapar, cubalah mengambil kekacang kerana kekacang dapat mengurangkan rasa lapar. Bijirin juga elok untuk kesihatan. Campurkan bijirin dengan susu rendah lemak untuk sarapan pagi.

9. Jika anda mengambil minuman, minumlah air limau nipis atau lemon kerana ia dapat membantu pembakaran lemak.

10. Keraplah lakukan sauna, kerana dengan melakukan sauna dapat membantu pembakaran lemak dan menurunkan berat badan.

11. Kurangkan makanan yang manis dan bergula kerana 1 sudu gula mengandungi 32 kilokalori. Banyakkan minum air putih.

12. Jika anda ingin menumis masakan cuba gantikan minyak masak dengan minyak zaitun kerana minyak zaitun adalah minyak yang sihat untuk anda gunakan.

13. Banyakkan pengambilan ikan dan tauhu dari daging merah atau ayam untuk mendapatkan protien untuk tubuh anda kerana daging merah mengandungi kadar lemak yang tinggi.

14. Pilihlah makanan berempah seperti cili, lada hitam dan biji sawi kerana ianya dapat membantu membakar lemak di dalam badan anda.

15. Banyakkan memakan ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, kacang botol dan sebagainya kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Sunday, January 3, 2010

Tips Kulit kekal sihat dan cantik

Asas kecantikan kulit adalah kebersihannya. Rutin membersihkan wajah seperti mencuci, menyegar dan melembab adalah wajib untuk anda patuhi. Begitu juga faktor pemakanan, persekitaran yang sihat dan tidur yang cukup adalah sangat penting untuk kecantikan kulit anda.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda untuk mencantikkan kulit.

1. Membersih. menyegar dan melembab. Carilah pencuci wajah dan toner yang benar-benar serasi dengan kulit anda. Tidak kira apa jenis kulit anda, memakai pelembab wajah adalah sangat penting sekurang-kurangnya sekali sehari. Ianya dapat membantu memelihara dan melindungi kulit anda secara luaran dan dalaman.

2. Krim mata. Kulit di sekitar mata tidak mengandungi tisu lemak dan mudah menyebabkan munculnya kedutan. Krim khas untuk mata di formulasi untuk menebalkan kulit di sekitar mata agar ia lebih kuat. Sapukan krim mata pada waktu malam kerana proses pembaharuan sel berkesan dua kali ganda sewaktu anda tidur.

3. Gunakan air sejuk atau biasa untuk mencuci wajah anda. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana ia akan mengeringkan kulit anda.

4. Gunakan Scrub dan mask atau topeng wajah. Scrub bertindak menanggalkan sel-sel mati dan membersihkan kulit anda secara mendalam manakala topeng wajah dapat memberi kesegaran pada kulit dan mengecilkan pori-pori. Gunakanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

5. Ambillah pemakanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau serta suplemen untuk kulit. Elakkan kulit anda dari persekitaran yang tidak sihat seperti terdedah kepada asap rokok dan cahaya matahari yang kuat kerana ia akan menyebabkan pigmentasi pada kulit. Gunakan sunblock untuk memberi perlindungan pada kulit ketika melakukan aktiviti di luar.

6. Tidur yang cukup adalah sangat baik untuk pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Pastikan anda cukup tidur untuk menjana kesihatan kulit.

7. Minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air dapat memberi kelembapan pada kulit dan dapat membantu membuang toksid dalam badan anda secara semula jadi. Toksid dalam badan jika terkumpul dengan banyak akan menyebabkan penyakit dan mempengaruhi kesihatan kulit anda.

Tips Membuat Scrub Sendiri Di Rumah

Adakah kulit tubuh anda kelihatan kusam, kasar dan warnanya tidak sekata. Jika kulit tubuh anda sedemikian rupa, cubalah melakukan scrub untuk merawat kulit anda kerana faktor tersebut adalah disebabkan oleh terkumpulnya sel-sel mati di kulit anda yang mengakibatkan kekasaran dan warna kulit tidak sekata.

Anda boleh melakukan rawatan di salon atau membeli scrub yang telah sedia ada di pasaran dan melakukan sendiri di rumah. Anda juga boleh membuat scrub anda sendiri di rumah kerana kosnya jauh lebih murah berbanding jika anda mendapat rawatan ini di salon kecantikan.

Caranya mudah sahaja, iaitu goreng 2 cawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kemudian sejukkan dan kisar menjadi butiran halus agar sesuai untuk dijadikan scrub. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk menggunakan scrub ini tidaklah begitu sukar. Sebelum anda mandi sapukan minyak bayi atau minyak zaitun pada keseluruhan tubuh anda dan biar seketika untuk melonggarkan sel-sel mati dan memberi kesan pelincir pada kulit anda. Ambil 3 sudu beras kisar tadi dan campurkan dengan perahan air limau nipis atau limau purut atau asam jawa dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan campuran tadi di keseluruh tubuh dan kulit anda terutama di kawasan yang kusam dan kasar. Biar ia kering di tubuh anda kemudian bilaslah.

Untuk mendapat kesan yang maksima selepas anda scrub tubuh anda buatlah rawatan mandi susu atau mandi bunga mawar. Bila telah selesai sapukan tubuh anda dengan minyak bayi yang telah bercampur dengan vitamin E atau lotion badan. Buatlah rawatan ini seminggu sekali.

Friday, January 1, 2010

Khasiat Mandi Mawar

Tahukah anda mandi bukanlah berfungsi untuk membersihkan diri dari kotoran sahaja tetapi ianya juga dapat memulihkan diri dari stress serta meningkatkan sistem imun dalam badan kita.

Hasil kajian dari New England Journal of Medicine mendapati pesakit Diabetis yang meluangkan masa selama 30 minit berendam di dalam air suam dapat menurunkan kadar gula dalam darah sebanyak 13 peratus.

Manakala Kajian dari Jepun menunjukkan dengan mandi di dalam air suam selama 10 minit dapat memperbaiki kesihatan jantung, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan rasa sakit dan lenguh pada sendi serta dapat mengurangkan stress.

Apa pula kelebihan jika anda berendam dengan air suam yang bercampur bunga mawar?. Bunga mawar sebenarnya mempunyai aura dan energy yang tinggi. Berendam dalam tab yang di penuhi kelopak bunga mawar dapat memberikan kesan psikologi terutama dalam membangkitkan mood seseorang.

Bagi anda yang ingin mencuba mengamalkan mandi bunga ini, campurkan kelopak bunga mawar berserta campuran bunga bunga yang lain kedalam bathtab. Kemudian tuangkan sedikit minyak bayi dan beberapa titis minyak pati bunga mawar. Biarkan tubuh anda berehat selama 30 minit di dalam rendaman bunga-bunga yang segar supaya energy dan aura bunga mawar berpindah ke tubuh anda untuk anda tampil dengan semangat baru.