Di kala ini, produk kecantikan yang mengandungi formula pemutih kulit tumbuh bagai cendawan, malangnya kebanyakan dari kita tidak memahami apakah maksud istilah formula yang ditampilkan oleh setengah dari produk tersebut.
Berikut adalah beberapa istilah yang akan anda temui dalam satu-satu produk. Fahamilah kaedah tindakan dan kesannya samada ia selamat atau tidak untuk kulit anda.
1. AHAs (alpha hydroxy acids)
AHAs adalah sejenis asid yang dikeluarkan oleh buah-buahan seperti tebu, jus lemon, susu masam, epal dan anggur. Secara saintifiknya AHA berfungsi memperbaiki keadaan kulit dengan membuang sel-sel mati bagi membolehkan sel-sel yang baru untuk tumbuh. Ini akan menjadikan kulit anda lebih lembut, muda dan berseri.
Sebaliknya AHAs mempunyai beberapa kesan untuk kulit. Penggunaan yang berterusan dengan kadar yang tinggi akan menjadikan kulit lebih nipis dan lebih sensitif. Kesan dari itu kulit anda akan kemerah-merahan dan kulit anda bertukar menjadi terlalu sensitif. Sebelum anda menggunakan apa-apa produk kajilah dahulu kadar AHAs terkandung di dalamnya atau anda boleh menggunakan saling berganti dengan produk yang lebih lembut.
2. BHAs ( beta hydroxcy acid)
BHAs mempunyai unsur, kesan dan tindakan yang hampir sama dengan AHAs tetapi BHAs lebih lembut dan selamat untuk kulit sensitif. Bagi sesiapa yang mempunyai kulit sensitif , bertukarlah kepada produk yang mengandungi BHAs ia lebih sesuai untuk kulit anda.
3. Retinol
Retinol adalah buih lembut Retin A, yang mana ia sesuai untuk merawat jerawat. Tindakannya juga menakjubkan bagi mengurangkan penuaan disamping melindungi kulit dari pancaran matahari serta menghalang pigmentasi.
Sebaliknya Retinol yang berasal dari vitamin A ini, juga mempunyai bahan yang agak kasar sehingga boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan mengelupas. Akibatnya kulit muka akan mejadi semakin nipis dan sensitif. Jika anda mengunakan retinol, pastikan anda mengikut peraturan yang betul dan perlu memakai pelindung matahari untuk menghalang sinaran UV. Berhentilah dengan segera jika anda mengalami alahan.
4. Hidroquinon
Hidroquinon adalah sejenis bahan kimia yang dapat memperbaiki keadan kulit wajah anda menjadi lebih putih dan lembut pada peringkat awal tetapi mempunyai kesan yang tidak baik pada jangka panjang. Penggunaan hidroquinon secara berterusan akan mematikan melanin kulit dan menjadikannya lebam. Menurut laporan British Journal Of Dermatology (1986), 70% pengguna mengalami masalah kulit seperti jerawat, keloid di bahagian kulit yang tidak bertulang, jeragat dan pigmentasi yang semakin menebal selepas 6 bulan penggunaannya. Di percayai penggunaannya secara berterusan dengan kadar kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kanser kulit.
No comments:
Post a Comment