Pernahkah anda mencuba mandi bersama garam mandian?. Tahukah anda berendam dengan campuran air garam mandian dapat melancarkan peredaran darah serta berkhasiat untuk memulihkan kesegaran kulit.
Selain dari itu mandian garam juga membantu melegakan kesakitan pada tubuh, mengelakkan kekejangan selepas senaman, merehatkan otot-otot dan melegakan stress. Mandian dengan garam juga dapat melegakan kesakitan rheumatic, melegakan sakit kepala dan memulihkan masalah kulit seperti jerawat, ruam dan psoriasis.
Semasa anda berendam butiran butiran garam akan mengikis lapisan sel kulit mati sehingga membuatkan pori-pori menjadi terbuka dan mudah bernafas. Sewaktu anda berendam juga nikmatilah haruman aromaterapi dan rasailah kesegarannya.
Produk-produk garam mandian banyak didapati di kedai barangan kecantikan dan kesihatan. Anda juga boleh membuat campuran garam mandian itu di rumah.
Berikut adalah bahan-bahan yang di perlukan.
- 3 cawan garam
- 1 cawan minyak zaitun sebagai pelembab dan memberi kesan lembut pada kulit.
- 1 cawan minyak badam
- 1 cawan minyak tea tree sebagai penyejuk dan antiseptik semulajadi
- 1 sudu teh minyak eucalyptus atau minyak kayu putih.
- 1 sudu teh minyak pudina untuk mendinginkan kulit.
- 1 sudu teh minyak rosmary sebagai pelembut kulit.
( Minyak-minyak pati diatas boleh didapati di kedai produk aromaterapi )
Cara menyediakan.
Campurkan semua bahan itu dan kacau dengan menggunakan senduk kayu. Untuk menggunakannya, gosoklah lebih kurang dua sudu garam besar tadi pada tubuh secara perlahan dengan gerakan melingkar. Biarkan selama 10 hingga 20 minit. Setelah itu bilaslah dengan air biasa. Jika anda mempunyai tab mandi berendamlah dengan air garam tadi dan rasailah keseronokannya. Selamat mencuba!.
No comments:
Post a Comment