Wednesday, December 16, 2009

Tips Kecantikan Untuk Kulit Kering

Jika kulit anda berasa tegang, anda sebenarnya mempunyai jenis kulit kering. Ia di sebabkan terlalu sedikit sebum dalam lapisan bawah kulit dan terlalu sedikit kelembapan dalam lapisan atas.

Tanda-tanda kulit kering- rasa tegang dan gatal selepas cucian, mengelupas, penuan pra-masa dengan kemunculan kedutan.

Keadaan kulit kering terjejas akibat penggunaan terlalu banyak sabun, bahan cuci dan toner, terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari dan penyaman udara.

Tingkatkan paras kelembapan kulit bagi menghilangkan kedutan dan menjadikannya lembut.

Gunakan pembersih berkrim untuk mencairkan daki dan solekan daripada permukaan kulit. Biarkanlah seketika bagi membolehkannya bertindak sebelum mencucinya dengan air sejuk. Urut keatas untuk mencegah keregangan kulit dan mewujudkan garisan halus.

Gunakan krim penyubur, bagi mengekalkan kelembapan di paras maksimum. Pilih krim pekat berbanding losyen kerana ia mengandungi lebih banyak minyak daripada air, dan ini membantu lebih banyak kelembapan. Diamkan pelembab selama beberapa minit sebelum menggunakan alat solek.

Jenis kulit kering memang mudah kelihatan kusam, lakukan proses pengelupasan seminggu sekali dengan menggunakan scrub yang menggunakan butiran kecil, halus dan lembut. Elakkan dari menggunakan scrub yang terdiri dari partikel garam atau kekacang kerana ia boleh mencederakan kulit kering. Elakkan juga dari menggunakan toner yang mengandung alkohol serta hindari kulit anda dari mencucinya dengan air panas kerana faktor-faktor yang disebutkan tadi akan menyebabkan kulit anda bertambah kering.

No comments: