Monday, December 21, 2009

Tips Kecantikan Untuk Kulit Berminyak

Kulit jenis berminyak biasanya mempunyai liang terbuka dan permukaan berminyak, mudah mendapat jerawat, bintik-bintik hitam, acne dan kulit pucat kuning.

Kulit berminyak disebabkan oleh lebihan keluaran bahan berminyaki, sebum menerusi kelenjar minyak di paras bawah kulit. Kebaikannya ialah minyak ini menjadikan kulit anda muda lebih lama.

Jangan kasari kulit berminyak, ini akan menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan lebih banyak sebum dan menjadikan paras permukaan kering dan nyahhidrat.

Cara terbaik untuk menjaganya, gunakan produk-produk yang membersihkan minyak daripada permukaan dan liang terbuka, tanpa mengering dan merosakkannya.

Cuci dengan cucian muka berbuih kerana ia tidak menghapuskan lembapan daripada kulit tetapi menghilangkan daki, kotoran dan minyak. Bilas buih sabun dengan air suam.

Kulit berminyak perlukan pelembapan kerana ia membantu mengekalkan air dalam lapisan atas bagi menjadikan kulit lembut. Pilih jenis cecair kerana ia lebih berkesan daripada formulasi pekat.

Tingkatkan paras kelembapan kulit serta kawal minyak berlebihan bagi memastikan kulit cerah dan cantik.

No comments: