Monday, December 28, 2009

Tips PenJagaan Kaki

Kaki ialah anggota yang paling terabai dalam keseluruhan tubuh manusia. Tidak hairanlah jika umur kita telah meningkat, mulalah terasa akan kesannya.

Antara masalah yang biasa dialami termasuklah sakit di pergelangan kaki, belakang lutut, bahagian belakang badan, bahagian bahu dan kesakitan di bahagian keseluruhan kaki.

Di bawah adalah tip penjagaaan yang dapat anda amalkan untuk kecantikan dan kesihatan kaki anda.

1. Rendam kaki anda dengan air suam yang bercampur dengan sabun atau feet cleanser. Kemudian berus di keseluruhan bahagian kaki terutamanya di bahagian celah celah jari dengan menggunakan berus lembut.

2. Sapukan dengan minyak zaitun atau pelembab yang mengandungi vitamin E sambil mengurut lembut kaki anda. Urutan sangat baik untuk kaki anda kerana ianya dapat melancarkan perjalanan darah.

3. Potonglah kuku kaki anda dan jaga seperti mana kuku tangan anda bagi pengelakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit dan bau yang tidak menyenangkan.

4. Pilihlah kasut yang sesuai. Pastikan jari kaki dapat bergerak dengan selesa ketika anda menyarungkan kasut ke kaki.

5. Seminggu sekali rendamlah kaki anda dengan air suam panas bagi melancarkan darah serta melegakan kelenguhan pada kaki kerana ia kerap digunakan.

6. Jika kulit kaki anda terlalu kering dan kasar scrublah kaki anda dengan menggunakan kelapa parut yang telah diperah santannya. Biarkan selama 15 minit kemudian bilaslah dengan air. Jangan gunakan sabun kerana ia akan mengeringkan kulit.

Tips Memilih Kasut Sebelum Membeli

Tahukah anda 90 peratus manusia menggunakan kasut tidak sesuai dengan saiz serta keadaan kaki. Tahukah anda juga secara purata seorang manusia akan berjalan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya. Oleh itu pemilihan kasut yang sesuai amat penting untuk memelihara kaki di samping dapat menyerlahkan penampilan anda.

Berikut adalah Tips yang dapat membantu anda untuk memilih kasut sebelum anda membelinya agar kaki anda selesa dan terpelihara ketika memakainya.

1. Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengahari kerana di waktu ini kaki manusia mengembang atau lebih besar dari biasa.

2. Kedua kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.

3. Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari.

4. Pastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainya. Permukaan kasut anda sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.

5. Usah pakai kasut tumit tinggi kerana ianya menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.

Wednesday, December 23, 2009

Tips Mengelakkan Dari Penyakit Kanser

Tahukah Penyakit kanser boleh dihindari dengan mengambil pemakanan yang mengandungi unsur-unsur antioksidan. Masih ramai yang tidak tahu apakah makanan yang baik untuk mengelakkan dari penyakit-penyakit kanser. Berikut adalah beberapa tips untuk anda dan saya menyarankan agar anda mengambil pemakanan ini secara semulajadi.

1. Minumlah air rendaman teh ( hijau atau hitam tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan, ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakkan sel.

3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang mungkin boleh menolong melindungi daripada kanser payudara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan merangsang sel-sel kebal membunuh kanser, mengandungi vitamin C yang banyak.

7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah, kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluar enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan Omega-3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payudara , prostat dan pankreas.

10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

11. Makan ekstrak buah manggis kerana biji dan kulit buah manggis mengandungi sebatian yang dipanggil Xanton iaitu bahan antioksida yang paling tinggi yang dapat menghalang anda dari mendapat penyakit kanser.

12. Makanlah lobak merah dengan kerap kerana ia mengandungi Beta-Karoten iaitu sejenis antioksida yang menghalang tubuh kita mendapat serangan kanser.


Sumber: Berita Harian/Internet

Monday, December 21, 2009

Tips Kecantikan Untuk Kulit Berminyak

Kulit jenis berminyak biasanya mempunyai liang terbuka dan permukaan berminyak, mudah mendapat jerawat, bintik-bintik hitam, acne dan kulit pucat kuning.

Kulit berminyak disebabkan oleh lebihan keluaran bahan berminyaki, sebum menerusi kelenjar minyak di paras bawah kulit. Kebaikannya ialah minyak ini menjadikan kulit anda muda lebih lama.

Jangan kasari kulit berminyak, ini akan menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan lebih banyak sebum dan menjadikan paras permukaan kering dan nyahhidrat.

Cara terbaik untuk menjaganya, gunakan produk-produk yang membersihkan minyak daripada permukaan dan liang terbuka, tanpa mengering dan merosakkannya.

Cuci dengan cucian muka berbuih kerana ia tidak menghapuskan lembapan daripada kulit tetapi menghilangkan daki, kotoran dan minyak. Bilas buih sabun dengan air suam.

Kulit berminyak perlukan pelembapan kerana ia membantu mengekalkan air dalam lapisan atas bagi menjadikan kulit lembut. Pilih jenis cecair kerana ia lebih berkesan daripada formulasi pekat.

Tingkatkan paras kelembapan kulit serta kawal minyak berlebihan bagi memastikan kulit cerah dan cantik.

Tips Kecantikan Untuk Kulit Biasa

Jenis kulit biasa tergolong daripada jenis kulit yang seimbang dan kelihatan bermaya dengan tekstur yang lebih halus tanpa liang terbuka. Ia jarang mengalami bintik-bintik atau kawasan berkilat.

Pastikan kulit biasa berfungsi dengan baik, rutin penjagaan termasuk membersihkan kulit secara lembut bagi memastikan kotoran permukaan dan solekan di hapuskan serta mencegah permukaan sebum.

Urut kulit dengan perlahan kerana ia akan meningkatkan bekalan darah kepada permukaan kulit bagi menjadikan kulit lebih bermaya. Bilas dengan air bersih dan tekap muka dengan tuala lembut bagi menyerap lebihan air, jangan sesekali gosok kulit anda.

Tingkatkan paras kelembapan dengan pelembab bagi mencegah kekeringan dan meningkatkan keanjalan kulit. Titikan pelembab ke muka dan urut dengan hujung jari secara menaik. Ini akan meninggalkan lapisan perlindungan pada kulit,membolehkan solekan mudah digunakan serta memastikan kandungan kelembapan yang seimbang.

Wednesday, December 16, 2009

Tips Kecantikan Untuk Kulit Kering

Jika kulit anda berasa tegang, anda sebenarnya mempunyai jenis kulit kering. Ia di sebabkan terlalu sedikit sebum dalam lapisan bawah kulit dan terlalu sedikit kelembapan dalam lapisan atas.

Tanda-tanda kulit kering- rasa tegang dan gatal selepas cucian, mengelupas, penuan pra-masa dengan kemunculan kedutan.

Keadaan kulit kering terjejas akibat penggunaan terlalu banyak sabun, bahan cuci dan toner, terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari dan penyaman udara.

Tingkatkan paras kelembapan kulit bagi menghilangkan kedutan dan menjadikannya lembut.

Gunakan pembersih berkrim untuk mencairkan daki dan solekan daripada permukaan kulit. Biarkanlah seketika bagi membolehkannya bertindak sebelum mencucinya dengan air sejuk. Urut keatas untuk mencegah keregangan kulit dan mewujudkan garisan halus.

Gunakan krim penyubur, bagi mengekalkan kelembapan di paras maksimum. Pilih krim pekat berbanding losyen kerana ia mengandungi lebih banyak minyak daripada air, dan ini membantu lebih banyak kelembapan. Diamkan pelembab selama beberapa minit sebelum menggunakan alat solek.

Jenis kulit kering memang mudah kelihatan kusam, lakukan proses pengelupasan seminggu sekali dengan menggunakan scrub yang menggunakan butiran kecil, halus dan lembut. Elakkan dari menggunakan scrub yang terdiri dari partikel garam atau kekacang kerana ia boleh mencederakan kulit kering. Elakkan juga dari menggunakan toner yang mengandung alkohol serta hindari kulit anda dari mencucinya dengan air panas kerana faktor-faktor yang disebutkan tadi akan menyebabkan kulit anda bertambah kering.

Tips Kecantikan Untuk Kulit Kombinasi

Memiliki kulit kombinasi atau kulit campuran memerlukan penjagaan yang rapi kerana biasanya jenis kulit ini mengandungi kombinasi tompok-tompok berminyak dan kering. Di kawasan zon-T di dapati jenis kulit berminyak dan ia perlu di jaga seperti kulit berminyak, manakala di kawasan lain pula mengandungi jenis kulit yang mudah kering dan semestinya ia perlu dijaga seperti kulit kering.

Sebilangan kulit kombinasi tidak mengikut bentuk zon-T dan mempunyai tompok-tompok berminyak dan kering yang tidak sekata. Oleh itu anda hendaklah mengenali kulit anda sendiri, di bahagian manakah kulit yang berminyak manakala di kawasan manakah kulit yang mudah kering.

Pastikan anda mempunyai 2 jenis produk penjagaan kulit iaitu penjagaan untuk kulit kering ( biasanya pembersih dalam bentuk krim) dan penjagaan untuk kulit berminyak ( biasanya pembersih dalam bentuk buih atau foam).

Gunakan pembersih untuk kulit berminyak pada sebelah pagi yang di mana pencucinya dalam buih atau foam. Sewaktu mencuci, fokus pada kawasan yang berminyak sahaja.

Manakala tukarlah pembersih anda pada sebelah malam kepada pembersih untuk kulit kering, iaitu pembersih dalam bentuk krim. Fokuslah pembersihan pada kulit anda di kawasan-kawasan yang kering sahaja. Ini akan membantu mengimbangi lebihan minyak dan kekeringan pada kulit.

Ratakan pelembab pada seluruh kulit anda, dengan tumpuan di berikan pada bahagian-bahagian yang kering. Kemudian serap lebihan minyak dengan tisu. Ini akan memberikan kulit khasiat yang diperlukan.

Thursday, December 10, 2009

Tips Penjagaan Rambut

Setiap wanita pasti mengimpikan rambut yang sihat,cantik dan bersinar. Rambut walaupun pendek mahupun panjang tetap akan kelihatan cantik jika sihat dan dijaga rapi. Rambut yang cantik dan sihat bergantung kepada diet yang seimbang. Diet yang tidak seimbang menyebabkan rambut kering, kusam dan gugur.

Berikut adalah tips-tips yang berguna yang anda boleh ikuti untuk mendapat rambut yang sihat dan cantik.

Tips 1
Jangan bergantung kepada alat pengering rambut kerana udara panas dari alat tersebut menyebabkan kekeringan pada batang rambut. Jangan terlalu kerap menggunakannya kecuali pada waktu tertentu sahaja contohnya seperti menghadiri majlis dan sebagainya.

Tips 2
Sinar matahari juga boleh menyebabkan rambut rosak dan kering. Gunakanlah topi, tudung atau payung untuk melindungi rambut anda jika anda melakukan aktiviti di luar.

Tips 3
Lakukan trim rambut sekurang-kurangnya 3 bulan sekali di salun rambut untuk memotong hujung rambut yang kering.

Tips 4
Rambut yang basah harus ditangani dengan berhati-hati. Teksturnya lebih rapuh, mudah patah dan bercabang. Elakkan dari menyikat, menggosok dengan tuala, atau mengikat rambut apabila anda selesai mensyampu rambut. Tunggulah sehingga rambut anda benar-benar kering.

Tips 5
Apabila anda teringin untuk mewarna rambut, pilihlah produk pewarna yang formulanya selamat serta mampu melindungi rambut. Sila merujuk kepada pakar rambut untuk meminta nasihat.

Tips 6
Gunakan syampu yang sesuai dengan kondisi rambut anda agar terhindar daripada kerosakan. Untuk rambut kering, gunakan syampu yang mengandungi 'ceramide' untuk melembab dan menguatkan rambut.

Tips 7
Manakala untuk rambut normal, pilihlah syampu rambut yang mengandungi vitamin E dan B, agar nampak lebih sihat dan bermaya.

Tips 8
Untuk rambut berkelemumur pilihlah syampu yang mengandungi mentol atau zink yang ringan. Tetapi berhati-hatilah kerana formula yang terdapat pada semua syampu anti kelemumur tidak sesuai untuk rambut yang diwarnakan.

Tips 9
Rambut yang diwarnakan perlu dilindungi daripada akar hingga ke hujung rambut. Jika rambut anda sememangnya sudah rosak dan sangat kering, kembalikan keadaannya dengan syampu perawatan yang banyak mengandungi protein dan pelembab.

Tips 10
Apa pun jenis rambut anda. pelembab dan perapi tetap diperlukan. Gunakan perapi ketika bersyampu. Memakai perapi cukup sekadar menyapunya pada rambut, bukan di gosokkan pada kulit kepala. Bilaslah sehingga benar benar bersih agar tidak memancing kelemumur. Sebagai pelengkap lakukan perawatan rambut di salun secara rutin.

sumber : sunsilk/wanita

Friday, December 4, 2009

Green Tea Rahsia Awet Muda Dan Panjang Umur

Jika anda ingin kelihatan awet muda, sihat dan panjang umur saya menyarankan anda mengambil green tea sebagai minuman harian anda. Kerana jika anda tahu khasiatnya.... anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkannya...

Baiklah, Ketahuilah dulu khasiatnya.....
Sejak zaman dahulu lagi, Green tea memang terkenal dengan kesan anti penuaan dan terapeutik yang terkandung di dalamnya kerana ia merupakan salah satu tumbuhan yang mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi. Satu kajian dari Jepun menunjukkan bahawa bahan anti oksidan dari green tea ini, membantu tubuh mengurangkan berat badan, mengurangkan kadar kolestrol, menghalang penyakit jantung, melegakan stress dan menghalang tubuh dari penyakit Parkinson.

Selain dari itu Green tea berperanan memperbaiki memori dan menghalang diri anda dari penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Green tea juga dapat menguatkankan tulang anda, membantu menghalang Osteoporosis dan mengelakkan penyakit tulang yang lain. Kajian dari Journal of Agricultural and food Chemistry, mendapati polyphenols yang di hasilkan oleh Green tea membantu pembentukan tulang dengan merangsangkan enzim pertumbuhan sel-sel tulang.

Kajian terbaru juga menemui Green tea dapat mengurangkan risiko kanser darah, kanser tulang sum-sum, kanser limpa, kanser payudara pelbagai jenis kanser yang lain. Anti oksidan di dalam Green tea dipercayai berupaya melawan penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) dan dapat menghalang jangkitan HIV. Para penyelidik dari HIV & AIDs Health Center menemui sebatian EGCG yang terkandung dalam Green tea menghalang infeksi dari virus yang menyebabkan AIDS.


Kajian dari Universiti of California Los Angeles menyatakan dengan mengamalkan Green tea setiap hari juga dapat mengurangkan risiko penyakit stroke sebanyak 21 peratus.


Tahukah anda Jepun adalah negara yang mempunyai kadar penduduk tertua yang paling tinggi ( umur melebihi 100 tahun). Apakah rahsia mereka sehingga umur mereka begitu panjang sekali. Sudah pasti green tea kerana mereka adalah pengamal meminum green tea yang segar dan mereka juga pengamal makanan yang sihat dan hidup di kawasan pendalaman yang jauh dari hiruk pikuk kota.

Khasiat Mandi Susu

Selain untuk kesihatan, mandi susu juga dapat mencerahkan dan melembutkan kulit. Mandi susu adalah amalan ratu Mesir yang bernama Cleopatra supaya kulitnya putih, lembut dan gebu. Mandi susu juga popular di kalangan pengusaha salun-salun kecantikan dan spa yang menawarkan pelbagai jenis mandian dan rawatan.

Sebenarnya anda boleh melakukan mandi susu di rumah kerana kosnya jauh lebih murah berbanding dengan mendapatkan perkhidmatannya di salun. Sebaiknya sebelum anda berendam dengan air yang bercampur susu anda di nasihatkan untuk scrub tubuh anda terlebih dahulu untuk membuang se-sel mati sekaligus membuat kulit anda terasa lembut setelah itu bilaslah tubuh anda dengau air suam.

Kemudian sediakanlah ramuan untuk mandian susu. Gunakanlah satu cawan penuh susu tepung lalu di cairkan di dalam mangkuk. setelah itu masukkan ke dalam tab mandi yang diisi dengan air suam. Bagi mendapatkan suasana yang lebih relaks, campurkanlan sedikit garam mandian ke dalam tab mandi anda. Anda boleh berendam seberapa lama yang anda suka. Biarkanlan ia kering seketika di kulit anda kemudian bilaslah.

Jika anda tidak mempunyai tab mandi, anda boleh lumurkan susu tepung yang telah dicairkan keseluruh tubuh anda, biarkanlah ia kering seketika kemudian bilas seperti biasa. Lakukan mandi susu ini sekerap yang mungkin dan lihatlah sendiri perubahan yang berlaku di kulit anda.

Thursday, December 3, 2009

Tips Langsingkan Badan Melalui Urutan

Cantik memang menjadi idaman setiap insan, khususnya wanita. Ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk kelihatan cantik.

Mengurut adalah cara tradisional yang masih diamalkan hingga ke hari ini. Ia bukan sahaja menyegarkan badan dan membetulkan urat saraf tetapi juga berupaya memecahkan lemak dalam badan.

Untuk memberi kesan yang lebih efektif, sebelum mengurut anda di nasihatkan ke sauna atau mengelapkan badan dengan air suam terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk membuka liang-liang roma dan membersihkan minyak dalam lapisan kulit.

Anda di galakkan memperbanyakkan minum air masak serta mengelakkan diri dari meminum air bergas kerana ia akan mengembangkan urat dan menyebabkan perut buncit. Elakkan juga dari meminum ais kerana ia boleh menyebabkan darah menjadi sejuk dan memudahkan pengumpulan lemak.

Tips Segarkan Kulit Wajah Dengan Timun

Anda menghadapi tekanan atau keletihan setelah seharian penat bekerja? Ianya pasti mempengaruhi kulit anda bukan!. Kulit anda pasti kelihatan kering, kusam dan tidak bermaya.

Jika anda terlalu penat justeru kurang tidur bukan sahaja kulit malah mata anda juga akan di kelilingi lingkaran gelap yang akan memburukkan lagi penampilan anda.

Anda janganlah risau jika itu berlaku kepada diri anda... Bukalah peti sejuk dan ambillah sepotong timun. Hirislah beberapa keping dan yang selebihnya parutlah separuh kasar. Letakan timun yang diparut tadi ke wajah anda dan ratakannya. Hirisan timun tadi letakan dibawah mata anda, berbaring dan rehatkanlah diri anda selama 20 hingga 30 minit!. Nikmatikah kesegarannya... sambil menenangkan fikiran anda yang stress. Kulit anda pasti lebih segar setelah anda mencuci wajah anda.

Jika anda mahu timun ini bertindak sebagai masker. Parutlah belakang timun yang berwarna hijau gelap kerana ia menghasilkan banyak getah. Anda akan rasa kulit anda tegang seperti memakai masker. Kulit anda akan lebih tegang dan segar. Anda tak perlu berbelanja besar untuk cantik! anda hanya perlukan hanya sepotong timun sahaja. Amalkan sekerap yang boleh dan lihatlah hasilnya sendiri....

Tips Lembutkan Kulit Dengan Pisang

Tahukah anda pisang boleh dijadikan bahan untuk lembutkan kulit wajah? Caranya mudah sahaja!, jadikanlah ia sebagai masker. Ambillah sebiji pisang masak kemudian campurkan dengan 2 sudu besar yougurt dan 2 sudu besar madu. Gaul dan hancurkanlah hingga rata. Letakkanlah campuran ini pada wajah dan leher anda. Biar selama 10 hingga 15 minit, kemudian cucilah seperti biasa.

Jika anda ingin rasai kesan tegangan yang lebih campurkanlah campuran tadi dengan 2 sudu putih telur. Hasilnya pasti tidak mengecewakan!

Selain isinya boleh dibuat masker, tahukan anda pisang juga dapat mencuci dan melawaskan perut. Jika anda sukar untuk membuang air besar, makanlah sahaja pisang ini sebanyak mungkin, pasti anda akan mudah untuk membuang air besar.

Kulit pisang ini jangan pula di buang, kerana ia boleh di gunakan untuk menghilangkan parut di kulit anda. Caranya mudah sahaja. Ambillah kulit pisang kemudian sapukan dan scrublah dengan lembut di kulit yang berparut. Biar seketika kemudian cucilah dengan air bersih. Keringkanlah dengan tuala kemudian sapukan kulit yang berparut tadi dengan minyak yang mengandungi vitamin E. Lakukanlah sekerap mungkin. Anda pasti berpuashati dengan hasilnya. Selamat mencuba!

Wednesday, December 2, 2009

Khasiat Lobak Merah Sebagai Pelindung Kulit

Tahukah anda lobak merah mempunyai khasiat sebagai pelindung kulit. Jika anda merancang percutian di tepi pantai kulit anda akan terdedah kepada cahaya matahari berlebihan.

Jika anda mahukan lebih perlindungan pada kulit di sepanjang percutian, mulakan mengunyah lobak merah dan jus perahan limau. Menurut American Journal of Clinical Nutrition, kombinasi antara beta karotina dan vitamin C dalam merah membantu melindungi pembakaran cahaya matahari pada kulit sehingga 30%. Ia bertindak secara perlahan maka mulakannya 12 minggu sebelum percutian berlangsung.

Penambahan beta karotina boleh didapati dalam bentuk kapsul di mana-mana farmasi. tetapi cara lain yang bersifat semulajadi boleh didapati dari buah peach, aprikot dan sayur bayam.

3 Cara Halang Bintik Hitam

Selain jerawat, bintik-bintik pada muka anda boleh mencacatkan penampilan. Cubalah salah satu daripada tiga cara ini. Jika bintik hitam masih terus kekal bermakna anda sedang menghadapi masalah serius.

1. Ubat gigi antara 'ubat' paling berkesan untuk menghentikan bintik bintik hitam. Sapukan hanya pada kawasan bintik berkenaan.

2. Madu juga penawar terbaik jika di amalkan secara harian. Sapukan madu setiap pagi di kawasan berbintik hitam di wajah anda, biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Celup putik kapas ke dalam susu segar dan sapukan pada bahagian bintik hitam. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik - bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.

Tips Diet Untuk Tubuh Menarik

Sebelum anda melakukan diet, anda hendaklah memahami apakah itu diet?, bagaimana ia berlaku?, bagaimana melakukan diet yang betul dan apakah makanan yang sesuai untuk diri anda.

Diet adalah cara menyelesaikan tahap maksimum pembakaran kalori. iaitu dengan setiap makanan yang di ambil hendaklah mengikut tahap yang betul iaitu : 40% karbohidrat, 30% protein dan 30% lemak. Bermakna nisbah pengambilan makanan mengikut diet yang diperlukan ialah 40:30:30.


Mengikut pengkaji diet Barry Sears, ia berlaku bermula daripada hormon bukan kalori. Hormon Insulin akan terbebas apabila pengambilan karbohidrat seperti roti, pasta, kentang, nasi, kek. biskut atau manisan berlaku. Karbohidrat yang dicernakan oleh insulin ini, akan memyebabkan pertambahan gula dalam darah. Pengumpulan gula inilah yang akan menyebabkan pertambahan lelemak yang mengemukkan.

Bagi sesiapa yang ingin melakukan diet, cubalah kawal pengambilan karbohidrat dan lemak dalam pengambilan makanan anda. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, protein dan air masak setiap hari. Ubahlah cara memasak dari menggoreng kepada mengukus
atau memanggang. Elakkan dari mengambil makanan berlemak dan manis seperti makanan bergoreng, candy dan choklat. Jika anda ingin mengambil snek cubalah meratah karot, tomato, buah-buahan atau biskut rendah lemak. Jika anda mengubah tabiat pemakanan yang lebih sihat,
anda pasti mendapat bentuk tubuh yang menarik.

Berikut adalah cadangan diet yang sihat yang anda boleh ikuti.

Sarapan pagi : Roti atau muffin dengan sosej sayuran yang disalut dengan keju rendah lemak
dalam sukatan 25g.

Tengahari :Roti serat, 100g ayam kukus dicampur dengan 4 sudu teh mayonis dan salad. Kemudian di ikuti dengan anggur 60 g sebagai pencuci mulut.

Malam : 100g daging panggang yang dimakan dengan sos mustard, serta brokoli dan salad yang di campur 4 sudu teh minyak zaitun serta sepotong epal sebagai pencuci mulut.

Jumlah keseluruhan kalori untuk makanan di atas adalah sebanyak 1200. Ianya mencukupi untuk tubuh anda.

selamat mencuba!.

Tomato Dapat Mengatasi Kedutan Pada Wajah

Tahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Dari kajian para saintis, Lycopene juga terkenal dengan khasiatnya dalam memerangi sakit jantung dan Kanser. Oleh itu menggunakan tomato dalam menu anda adalah banyak khasiatnya kerana selain untuk tujuan kecantikan tomato dapat menghindar diri kita dari penyakit lainnya.

Mengambil tomato sebahagian dari diet anda adalah sangat menguntungkan justeru kehebatannya dalam mencegah kerosakan kulit yang di sebabkan oleh radikal bebas. Makanlah buah tomato ini dengan banyak dan berterusan selama 10 minggu dan anda dapat lihat kesannya terhadap kulit anda. Campurkannya dengan minyak zaitun atau mayonis dan jadikan menu wajib anda setiap hari.

Anda juga boleh jadikan tomato sebagai sos di dalam hidangan pizza, spegetti dan sup. Jangan bimbang jika buah tomato ini di masak kerana ia tidak akan merosakkan Lycopene di dalamnya, bahkan kandungannya meningkat sebanyak 4 kali ganda.

Sebaiknya minumlah jus tomato satu gelas setiap hari untuk mendapat khasiat yang berterusan daripadanya. Jika anda tidak suka akan rasanya, mulai dari saat ini anda belajarlah untuk menyukainya kerana buah ajaib ini dapat membantu anda kelihatan awet muda.

Minum Air Dapat Keluarkan Toksid Dalam Badan

Tahukah anda keadaan persekitaran dan pemakanan yang kita ambil di saat ini adalah sangat berisiko mengandungi toksid.

Dunia kita di ancam pencemaran yang hebat. Habuk, asap dan bau yang tidak menyenangkan telah menambah toksid di dalam badan. Begitu juga dengan corak pemakanan kini yang banyak mengandungi pewarna dan perasa. Keadaan ini menyebabkan badan kita perlu bekerja keras bagi membuang toksid ini.

Anda haruslah mengamalkan corak pemakanan yang sihat seperti mengambil pemakanan yang terus dari alam yang segar seperti ikan, daging, sayur dan buah-buahan untuk kekal sihat.

Di samping itu banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana dengan meminum air yang banyak dapat mengeluarkan toksid secara semulajadi dari badan anda.

Jika anda tidak selesa kerana dengan meminum air, anda akan lebih kerap ke tandas fikirkanlah secara positif bahawa anda mahu mengeluarkan segala toksid yang terkumpul di badan anda dan anda ingin tubuh anda terus kekal sihat dan cantik.

Formula Pemutih Kulit Dalam Produk Kecantikkan anda, Benarkah Ia Selamat?

Di kala ini, produk kecantikan yang mengandungi formula pemutih kulit tumbuh bagai cendawan, malangnya kebanyakan dari kita tidak memahami apakah maksud istilah formula yang ditampilkan oleh setengah dari produk tersebut.

Berikut adalah beberapa istilah yang akan anda temui dalam satu-satu produk. Fahamilah kaedah tindakan dan kesannya samada ia selamat atau tidak untuk kulit anda.

1. AHAs (alpha hydroxy acids)
AHAs adalah sejenis asid yang dikeluarkan oleh buah-buahan seperti tebu, jus lemon, susu masam, epal dan anggur. Secara saintifiknya AHA berfungsi memperbaiki keadaan kulit dengan membuang sel-sel mati bagi membolehkan sel-sel yang baru untuk tumbuh. Ini akan menjadikan kulit anda lebih lembut, muda dan berseri.

Sebaliknya AHAs mempunyai beberapa kesan untuk kulit. Penggunaan yang berterusan dengan kadar yang tinggi akan menjadikan kulit lebih nipis dan lebih sensitif. Kesan dari itu kulit anda akan kemerah-merahan dan kulit anda bertukar menjadi terlalu sensitif. Sebelum anda menggunakan apa-apa produk kajilah dahulu kadar AHAs terkandung di dalamnya atau anda boleh menggunakan saling berganti dengan produk yang lebih lembut.

2. BHAs ( beta hydroxcy acid)
BHAs mempunyai unsur, kesan dan tindakan yang hampir sama dengan AHAs tetapi BHAs lebih lembut dan selamat untuk kulit sensitif. Bagi sesiapa yang mempunyai kulit sensitif , bertukarlah kepada produk yang mengandungi BHAs ia lebih sesuai untuk kulit anda.

3. Retinol
Retinol adalah buih lembut Retin A, yang mana ia sesuai untuk merawat jerawat. Tindakannya juga menakjubkan bagi mengurangkan penuaan disamping melindungi kulit dari pancaran matahari serta menghalang pigmentasi.

Sebaliknya Retinol yang berasal dari vitamin A ini, juga mempunyai bahan yang agak kasar sehingga boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan mengelupas. Akibatnya kulit muka akan mejadi semakin nipis dan sensitif. Jika anda mengunakan retinol, pastikan anda mengikut peraturan yang betul dan perlu memakai pelindung matahari untuk menghalang sinaran UV. Berhentilah dengan segera jika anda mengalami alahan.

4. Hidroquinon
Hidroquinon adalah sejenis bahan kimia yang dapat memperbaiki keadan kulit wajah anda menjadi lebih putih dan lembut pada peringkat awal tetapi mempunyai kesan yang tidak baik pada jangka panjang. Penggunaan hidroquinon secara berterusan akan mematikan melanin kulit dan menjadikannya lebam. Menurut laporan British Journal Of Dermatology (1986), 70% pengguna mengalami masalah kulit seperti jerawat, keloid di bahagian kulit yang tidak bertulang, jeragat dan pigmentasi yang semakin menebal selepas 6 bulan penggunaannya. Di percayai penggunaannya secara berterusan dengan kadar kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kanser kulit.

Segarnya Mandi bersama Garam Mandian....

Pernahkah anda mencuba mandi bersama garam mandian?. Tahukah anda berendam dengan campuran air garam mandian dapat melancarkan peredaran darah serta berkhasiat untuk memulihkan kesegaran kulit.

Selain dari itu mandian garam juga membantu melegakan kesakitan pada tubuh, mengelakkan kekejangan selepas senaman, merehatkan otot-otot dan melegakan stress. Mandian dengan garam juga dapat melegakan kesakitan rheumatic, melegakan sakit kepala dan memulihkan masalah kulit seperti jerawat, ruam dan psoriasis.

Semasa anda berendam butiran butiran garam akan mengikis lapisan sel kulit mati sehingga membuatkan pori-pori menjadi terbuka dan mudah bernafas. Sewaktu anda berendam juga nikmatilah haruman aromaterapi dan rasailah kesegarannya.

Produk-produk garam mandian banyak didapati di kedai barangan kecantikan dan kesihatan. Anda juga boleh membuat campuran garam mandian itu di rumah.

Berikut adalah bahan-bahan yang di perlukan.
- 3 cawan garam
- 1 cawan minyak zaitun sebagai pelembab dan memberi kesan lembut pada kulit.
- 1 cawan minyak badam
- 1 cawan minyak tea tree sebagai penyejuk dan antiseptik semulajadi
- 1 sudu teh minyak eucalyptus atau minyak kayu putih.
- 1 sudu teh minyak pudina untuk mendinginkan kulit.
- 1 sudu teh minyak rosmary sebagai pelembut kulit.
( Minyak-minyak pati diatas boleh didapati di kedai produk aromaterapi )

Cara menyediakan.
Campurkan semua bahan itu dan kacau dengan menggunakan senduk kayu. Untuk menggunakannya, gosoklah lebih kurang dua sudu garam besar tadi pada tubuh secara perlahan dengan gerakan melingkar. Biarkan selama 10 hingga 20 minit. Setelah itu bilaslah dengan air biasa. Jika anda mempunyai tab mandi berendamlah dengan air garam tadi dan rasailah keseronokannya. Selamat mencuba!.

Pemakaian Masker Untuk Kulit Cantik Dan Segar

Anda sudah menjaga pemakanan anda!, anda juga sudah membersihkan muka setiap hari! Anda juga sudah mengunakan pelembab untuk siang dan malam!. Tetapi wajah anda juga masih kelihatan kusam dan tidak bermaya...

Anda perlu mencuba menggunakan masker. Buatlah rawatan masker satu atau dua minggu sekali. Masker yang mengandungi vitamin E bertindak untuk menegangkan kulit wajah di samping menyingkirkan sel-sel mati dari kulit.

Biasanya masker dipakai selepas anda mencuci dan menggunakan scrub di wajah anda. Selepas itu ratakanlah masker keseluruh muka dan biarkan selama 5 - 15 minit.

Ketika anda memakai masker ini sudah tentu anda merasa kulit anda menjadi tegang dan bersih. Sebaik-baiknya ketika menunggu masker kering anda digalakkan berehat dan menenangkan fikiran. Anda boleh mendengar muzik atau membakar lilin aromaterapi untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan lebih segar. Jangan lupa letakkan kapas basah atau hirisan timun di atas mata anda. Secara tak langsung mata anda juga dapat berehat dan anda akan terasa lebih segar. Selepas masker kering cucilah wajah anda seperti biasa. Anda pasti rasa lebih segar dan kulit anda akan lebih bersih.

Memang banyak masker yang di jual di pasaran. Anda juga perlu berhati-hati ketika membeli masker kerana masker berbeza-beza mengikut jenis kulit. Untuk mereka yang mempunyai kulit kering tidak sama masker yang dipakai untuk mereka yang kulit berminyak. Pastikan anda membaca labelnya terlebih dahulu sebelum membeli. Selamat mencuba!.

Minyak Ikan Rahsia Awet Muda Dan Sihat

Jika anda ingin tampil muda dan sihat anda disarankan untuk mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan. Minyak ikan yang mengandungi EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) membentuk Omega-3, berperanan untuk :

1. Membantu sistem kardiovaskular agar berfungsi dengan baik.
2. Merendahkan paras kolestrol yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi
3. Menghalang berlakunya darah beku, arteriosklerosis dan ketumbuhan trombus.
4. Mengekalkan dan meningkatkan daya ingatan.
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Mengelakkan dari penyakit Amnesia dan Alzheimer.
7. Membantu meningkatkan daya penglihatan, kerana DHA adalah unsur utama dalam penghantaran cahaya yang membentuk 40% daripada retina.
8. Gabungan EPA dan DHA dapat mangawal pembekuan platlet dan tekanan darah.
9. Meningkatkan fungsi imun.
10. Meredakan kesakitan dan bengkak-bengkak bagi pesakit artristis reumatoid.
11. Mengelakkan dari penyakit kanser payudara kerana kajian membuktikan semua pengidap kanser payudara mempunyai tahap DHA yang rendah.
12. Mengekalkan kepekatan darah merah pada paras optimum.
13. Membantu sistem perkumuhan dan sangat baik sebagai bahan pelangsingan badan.

Keistimewaan minyak ikan sangat bermanfaat untuk tubuh badan manusia. Bayi dan kanak-kanak akan menjadi lebih sihat dan cerdas. Mereka yang bertubuh gempal akan dapat mengurangkan berat badan dan wanita yang inginkan kulit yang halus berseri boleh menggunakannya. Malah pengambilan minyak ikan ini juga digalakkan bagi mereka yang ingin
awet muda.

Aloe Vera Tumbuhan Ajaib Untuk Kecantikan

Tahukah anda Aloe Vera adalah tumbuhan anugerah dari Tuhan kepada manusia yang begitu banyak khasiatnya. Pokok Aloe vera wujud 6000 tahun dahulu dan berkemampuan bukan sahaja untuk tujuan kecantikan tetapi mempunyai sifat penyembuhan yang luarbiasa.

Begitu banyak produk di pasaran yang menggunakan Aloe Vera sebagai bahan utama yang digunakan untuk kecantikan rambut dan kulit, malah ianya dijadikan jus minuman untuk mendapatkan khasiat penyembuhan dalaman badan, justeru sifatnya yang memiliki lebih 100 vitamin, mineral, enzim dan sebatian penting untuk penghasilan serta pembaharuan sel.

Dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan pesakit Ulser peptik, penggunaan klinikal Aloe Vera telah menyebabkan setiap pesakit pulih secara berperingkat berbanding dengan pesakit yang tidak menggunakan Aloe Vera.

Menurut kajian saintifik dan journal, didapati bahawa Aloe Vera berperanan :
1. Membantu bertindak sebagai pembersih semulajadi.
2. Membantu meredakan kesakitan secara mendalam.
3. Memberi kesan antibiotik secara sederhana.
4. Memberi kesan antiinfalmatori.
5. Memberi kesan antipiresis dan menolong melegakan kepanasan akibat melecur dan inflamasi.
6. Membantu melarutkan dan menghancurkan sel sel mati menerusi tindakan enzim Protelisis, lalu mempercepatkan fasa degenaratif dan proses pemulihan.
7. Meransangkan pertumbuhan sel yang normal dan mempercepatkan fasa regeneratif dalam proses pemulihan.

Lendir yang terdapat di dalam daunnya mempunyai khasiat sebagai penyubur rambut dengan cara melumurkannya sambil mengurut secara perlahan-lahan di kulit kepala setiap malam dan cucilah rambut anda keesokkan harinya. Selain dari itu ia sangat bagus untuk kulit sebagai agen pembersih, masker dan pelembab di sebabkan fungsinya sebagai penghasil sel-sel baru. Lendirnya juga sangat enak di campur dengan jus buah-buahan dan di minum setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan dalaman.

Setelah anda tahu betapa besar khasiat Aloe Vera ini, saya menyarankan tanamlah tumbuhan ajaib ini di sekitar rumah anda dan jadikan ia sebagai bahan kecantikan dan kesihatan anda dan gunakanlah ia setiap hari.

Tuesday, December 1, 2009

10 Tips Mengurangkan Bau Badan Yang Kurang menyenangkan.

Jika anda mengalami masalah bau badan yang serius, cubalah tips berikut, untuk mengurangkan bau yang tidak enak dari tubuh anda.

1. Gunakan anti perspiran. Anti perspiran mengandungi tawas yang dapat mengawal penghasilan air yang di keluarkan di bahagian lipatan peha, ketiak dan bahagian lain yang lembab. Tawas di dalam anti perspiran bertindak dengan air di dalam kelenjar peluh dan seterusnya membentuk penghalang sementara agar peluh tidak keluar.

2. Gunakan deodoran. Deodoran pula tidak mengurangkan peluh tetapi kegunaannya adalah supaya peluh tidak berbau. Ia bertindak dengan menghalang bakteria daripada membiak dan seterusnya menghalang bau peluh. Sesetengah produk deodoran di pasaran telah pun mengandungi anti perspiran, memudahkan anda mempuat pilihan. Gunakan selepas mandi untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Pilihlah makanan yang sesuai. Makanan berlemak seperti keju akan menyebabkan bau badan kurang menyenangkan. Elakkan juga memakan bawang putih, bawang merah, dan makanan berempah secara berlebihan. Makanan ini bukan sahaja menyebabkan bau badan tetapi mengakibatkan mulut berbau tidak sedap.

4. Memakai bedak talkum anti bakteria di kawasan lipatan peha, ketiak atau bahagian yang mudah berpeluh dapat membantu mengurangkan bau badan. Kawasan yang lembab atau mudah berpeluh akan mengeluarkan bau dengan tindakan bakteria. Memakai bedak anti bakteria selain memastikan sentiasa kering, ianya dapat menyahkan bau peluh.

5. Mandi secara konsisten dan lebih kerap adalah satu cara yang dapat menghindar bau badan lebih-lebih lagi jika tubuh anda aktif berpeluh.

6. Gunalah sabun anti-bakteria ketika anda mandi kerana ianya dapat menyingkirkan bakteria yang menyebabkan bau badan.

7. Seminggu sekali gunakan scrub untuk menyental tubuh badan anda. Selain dapat menghindari bau badan yang kurang menyenangkan, kulit anda akan kelihatan bersih dan cantik jika anda menggunakan scrub.

8. Semburlah Anggota badan anda dengan minyak wangi atau penyembur anti perspiran.

9. Cukurlah bulu di bawah lengan anda seminggu sekali. Bulu yang panjang akan memerangkap bau beluh di bawah lengan anda.

10. Pakailah sepatu atau sandal kulit. Jika kaki masih berbau gunakan bedak untuk kaki atau penyembur pada kasut.

Piramid Makanan Panduan Pemakanan Sihat


Pada dasarnya terdapat 4 asas penting dalam pengambilan makanan harian.

1. Kelompok Karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada tubuh badan anda. Kelompok ini merangkumi makanan asas seperti nasi, gandum, ubi kentang, bijirin dan sebagainya. Anda tidak boleh mengabaikan pengambilan karbohidrat kerana ia membantu anda memberi tenaga seharian untuk anda bergerak aktif.

2. Kelompok makanan berserat tinggi yang membekalkan sumber vitamin dan mineral. Kelompok ini merangkumi sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan sayur dan buah-buahan dalam menu anda membantu anda hidup lebih sihat.

3. Kelompok Protein yang dapat membantu pembesaran tubuh badan anda serta memberi anda pelbagai mineral tambahan. Kelompok ini meliputi sumber seperti susu, ikan, daging, ayam dan pelbagai lagi. Pengambilan sumber protein ini perlu di ambil secukupnya untuk memastikan pembesaran tubuh badan anda berjalan dengan baik dan sempurna.

4. Kelompok Lemak dan minyak juga di perlukan oleh tubuh badan anda tetapi jumlah pengambilannya haruslah dikawal. Kelompok ini meliputi minyak sayuran, lemak haiwan dan pelbagai lagi. Sebahagian dari sumber makanan ini sangat di perlukan untuk tubuh anda tetapi pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan obesiti.