Tuesday, February 23, 2010

Khasiat Buah Kurma

Berikut adalah khasiat buah kurma:

1. Memberi tenaga dengan cepat kerana mengandungi kalori yang tinggi serta mudah dihadamkan.

2. Mampu membantu merendahkan risiko serangan angin akhmar.

3. Mengandungi karbohidrat yang tinggi dan dapat memberi tenaga.

4. Mengandungi Kalium yang berfungsi untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah. Ia dapat membetulkan denyutan jantung dan mengaktifkan otot-otot serta mengatur tekanan darah.

5. Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh menjadikan buah kurma buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.

6. Kurma mengandungi pelbagai vitamin termasuk vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin,zat besi, vitamin B, asid nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi.

7. Kurma mengandungi banyak garam galian seperti magnesium, potasium, dan kalsium.

8. Serat yang terkandung dalam kurma dapat membantu melancarkan serta mengaktifkan fungsi usus.

Khasiat Minum Air Suam

Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.

Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.

Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan. Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda.

Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.

Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Wednesday, February 10, 2010

Pemakanan Anti Oksidan

Kandungan anti oksidan yang tinggi dalam makanan sememangnya di perlukan untuk tubuh.

Tetapi tahukah anda anti oksidan yang terdapat didalam beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran terbukti mampu bertahan dalam tempoh yang cukup lama. Namun ia bergantung juga pada kaedah penyimpanannya, seperti di dalam peti sejuk.

Berikut adalah antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu menyimpan anti oksidan dalam tempoh yang lama.

1. Tomato. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 36 hari.

2. Lada benggala. Anti oksidannya pula mampu bertahan sehingga 14 hari.

3. Bayam. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 19 hari.

4. Brokoli. Manakala anti oksidannya pula mampu bertahan sehingga 27 hari.

5. Anggur. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 14 hari.

Khasiat Susu

Susu mengandungi kandungan semulajadi 'Beta Hydroxyl Acids' yang dapat menanggalkan sel-sel mati juga melembutkan kulit serta membuatnya bercahaya.

Mandi susu dan madu adalah mandian yang paling digemari sepanjang masa. Selain ia sangat baik untuk kulit ia juga baik untuk rambut kerana protien di dalam susu dapat menjadikan rambut berkilau dan lembut.

Kandungan susu yang dicampur biji-biji gandum pula baik untuk kulit sensitif kerana ia dapat melembutkan dan memberi kelembapan pada kulit

Selain itu produk susu juga sangat baik jika di gunakan pada kulit bayi juga pada peringkat umur seterusnya hingga dewasa.

Tuesday, February 2, 2010

Khasiat Asparagus

Asparagus yang dikenali sebagai 'asparagus officinalis' berasal daripada keluarga 'lliaceace' sangat kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C juga niacin.

Ia mengandungi unsur-unsur yang baik untuk organ seperti jantung, hati, paru-paru, limpa, kulit, pankreas, kelenjar tiroid, pineal, dan adrenal.

Asparagus juga mengandungi bahan bernama 'asparajin' yang membolehkan sistem badan dapat membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul didalam badan.

Jus asparagus sangat berkhasiat kerana mengandungi mineral yang tinggi juga merpakan penawar bagi penyakit kulit seperti eczema dan ruam serta menjadikan darah bersifat lebih beralkali. Tidak hairanlah jika Maurice Massegue, iaitu seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus ini sebagai rawatan yang berkesan kepada penyakit gangguan renal, kerana khasiatnya yang sangat tinggi.