Wednesday, December 16, 2009

Tips Kecantikan Untuk Kulit Kombinasi

Memiliki kulit kombinasi atau kulit campuran memerlukan penjagaan yang rapi kerana biasanya jenis kulit ini mengandungi kombinasi tompok-tompok berminyak dan kering. Di kawasan zon-T di dapati jenis kulit berminyak dan ia perlu di jaga seperti kulit berminyak, manakala di kawasan lain pula mengandungi jenis kulit yang mudah kering dan semestinya ia perlu dijaga seperti kulit kering.

Sebilangan kulit kombinasi tidak mengikut bentuk zon-T dan mempunyai tompok-tompok berminyak dan kering yang tidak sekata. Oleh itu anda hendaklah mengenali kulit anda sendiri, di bahagian manakah kulit yang berminyak manakala di kawasan manakah kulit yang mudah kering.

Pastikan anda mempunyai 2 jenis produk penjagaan kulit iaitu penjagaan untuk kulit kering ( biasanya pembersih dalam bentuk krim) dan penjagaan untuk kulit berminyak ( biasanya pembersih dalam bentuk buih atau foam).

Gunakan pembersih untuk kulit berminyak pada sebelah pagi yang di mana pencucinya dalam buih atau foam. Sewaktu mencuci, fokus pada kawasan yang berminyak sahaja.

Manakala tukarlah pembersih anda pada sebelah malam kepada pembersih untuk kulit kering, iaitu pembersih dalam bentuk krim. Fokuslah pembersihan pada kulit anda di kawasan-kawasan yang kering sahaja. Ini akan membantu mengimbangi lebihan minyak dan kekeringan pada kulit.

Ratakan pelembab pada seluruh kulit anda, dengan tumpuan di berikan pada bahagian-bahagian yang kering. Kemudian serap lebihan minyak dengan tisu. Ini akan memberikan kulit khasiat yang diperlukan.

No comments: