Friday, December 4, 2009

Khasiat Mandi Susu

Selain untuk kesihatan, mandi susu juga dapat mencerahkan dan melembutkan kulit. Mandi susu adalah amalan ratu Mesir yang bernama Cleopatra supaya kulitnya putih, lembut dan gebu. Mandi susu juga popular di kalangan pengusaha salun-salun kecantikan dan spa yang menawarkan pelbagai jenis mandian dan rawatan.

Sebenarnya anda boleh melakukan mandi susu di rumah kerana kosnya jauh lebih murah berbanding dengan mendapatkan perkhidmatannya di salun. Sebaiknya sebelum anda berendam dengan air yang bercampur susu anda di nasihatkan untuk scrub tubuh anda terlebih dahulu untuk membuang se-sel mati sekaligus membuat kulit anda terasa lembut setelah itu bilaslah tubuh anda dengau air suam.

Kemudian sediakanlah ramuan untuk mandian susu. Gunakanlah satu cawan penuh susu tepung lalu di cairkan di dalam mangkuk. setelah itu masukkan ke dalam tab mandi yang diisi dengan air suam. Bagi mendapatkan suasana yang lebih relaks, campurkanlan sedikit garam mandian ke dalam tab mandi anda. Anda boleh berendam seberapa lama yang anda suka. Biarkanlan ia kering seketika di kulit anda kemudian bilaslah.

Jika anda tidak mempunyai tab mandi, anda boleh lumurkan susu tepung yang telah dicairkan keseluruh tubuh anda, biarkanlah ia kering seketika kemudian bilas seperti biasa. Lakukan mandi susu ini sekerap yang mungkin dan lihatlah sendiri perubahan yang berlaku di kulit anda.

1 comment:

Anis Za said...

Tq. tak sbr nk try nnt.