Sunday, January 3, 2010

Tips Membuat Scrub Sendiri Di Rumah

Adakah kulit tubuh anda kelihatan kusam, kasar dan warnanya tidak sekata. Jika kulit tubuh anda sedemikian rupa, cubalah melakukan scrub untuk merawat kulit anda kerana faktor tersebut adalah disebabkan oleh terkumpulnya sel-sel mati di kulit anda yang mengakibatkan kekasaran dan warna kulit tidak sekata.

Anda boleh melakukan rawatan di salon atau membeli scrub yang telah sedia ada di pasaran dan melakukan sendiri di rumah. Anda juga boleh membuat scrub anda sendiri di rumah kerana kosnya jauh lebih murah berbanding jika anda mendapat rawatan ini di salon kecantikan.

Caranya mudah sahaja, iaitu goreng 2 cawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kemudian sejukkan dan kisar menjadi butiran halus agar sesuai untuk dijadikan scrub. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk menggunakan scrub ini tidaklah begitu sukar. Sebelum anda mandi sapukan minyak bayi atau minyak zaitun pada keseluruhan tubuh anda dan biar seketika untuk melonggarkan sel-sel mati dan memberi kesan pelincir pada kulit anda. Ambil 3 sudu beras kisar tadi dan campurkan dengan perahan air limau nipis atau limau purut atau asam jawa dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan campuran tadi di keseluruh tubuh dan kulit anda terutama di kawasan yang kusam dan kasar. Biar ia kering di tubuh anda kemudian bilaslah.

Untuk mendapat kesan yang maksima selepas anda scrub tubuh anda buatlah rawatan mandi susu atau mandi bunga mawar. Bila telah selesai sapukan tubuh anda dengan minyak bayi yang telah bercampur dengan vitamin E atau lotion badan. Buatlah rawatan ini seminggu sekali.

No comments: