Wednesday, March 24, 2010

Tips Kesihatan Untuk Kecantikan Mata

Adakah anda inginkan mata yang cantik dan sihat? Berikut adalah tips berguna untuk anda memelihara dan mendapatkan mata yang anda idamkan.

1. Pengambilan telur. Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.

2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida. Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3. Banyakkan mengambil Omega 3. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

4. Supplemen. Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnyakecuali atas arahan doktor.

5. Menjaga tekanan darah dan berat badan. Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.

Sumber : Karangkraf

Tuesday, February 23, 2010

Khasiat Buah Kurma

Berikut adalah khasiat buah kurma:

1. Memberi tenaga dengan cepat kerana mengandungi kalori yang tinggi serta mudah dihadamkan.

2. Mampu membantu merendahkan risiko serangan angin akhmar.

3. Mengandungi karbohidrat yang tinggi dan dapat memberi tenaga.

4. Mengandungi Kalium yang berfungsi untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah. Ia dapat membetulkan denyutan jantung dan mengaktifkan otot-otot serta mengatur tekanan darah.

5. Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh menjadikan buah kurma buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.

6. Kurma mengandungi pelbagai vitamin termasuk vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin,zat besi, vitamin B, asid nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi.

7. Kurma mengandungi banyak garam galian seperti magnesium, potasium, dan kalsium.

8. Serat yang terkandung dalam kurma dapat membantu melancarkan serta mengaktifkan fungsi usus.

Khasiat Minum Air Suam

Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.

Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.

Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan. Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda.

Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.

Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Wednesday, February 10, 2010

Pemakanan Anti Oksidan

Kandungan anti oksidan yang tinggi dalam makanan sememangnya di perlukan untuk tubuh.

Tetapi tahukah anda anti oksidan yang terdapat didalam beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran terbukti mampu bertahan dalam tempoh yang cukup lama. Namun ia bergantung juga pada kaedah penyimpanannya, seperti di dalam peti sejuk.

Berikut adalah antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu menyimpan anti oksidan dalam tempoh yang lama.

1. Tomato. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 36 hari.

2. Lada benggala. Anti oksidannya pula mampu bertahan sehingga 14 hari.

3. Bayam. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 19 hari.

4. Brokoli. Manakala anti oksidannya pula mampu bertahan sehingga 27 hari.

5. Anggur. Anti oksidannya mampu bertahan sehingga 14 hari.

Khasiat Susu

Susu mengandungi kandungan semulajadi 'Beta Hydroxyl Acids' yang dapat menanggalkan sel-sel mati juga melembutkan kulit serta membuatnya bercahaya.

Mandi susu dan madu adalah mandian yang paling digemari sepanjang masa. Selain ia sangat baik untuk kulit ia juga baik untuk rambut kerana protien di dalam susu dapat menjadikan rambut berkilau dan lembut.

Kandungan susu yang dicampur biji-biji gandum pula baik untuk kulit sensitif kerana ia dapat melembutkan dan memberi kelembapan pada kulit

Selain itu produk susu juga sangat baik jika di gunakan pada kulit bayi juga pada peringkat umur seterusnya hingga dewasa.