Tuesday, January 26, 2010

Tips Penjagaan Mata

Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.

4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.

4. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

5. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.

6. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.

7. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

Thursday, January 21, 2010

Tips Solekan

Jika anda inginkan tips solekan ringkas dan santai, berikut adalah beberapa tips dari pakar solekan untuk membantu anda.

1. Sebelum wajah anda dirias, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu. Gunakan pelempab atau moisturiser yang mengandungi pelindung matahari untuk memelihara kulit anda.










2. Kemudian sapukan foundation atau bedak asas mengikut warna kulit, keseluruh wajah anda.




3. Setelah rata, sapukan bedak debu atau loose powder. Sapukan dangan lembut dan rata .


4. Bagi membolehkan sapuan nampak lebih kemas dan rata, sapukan wajah anda dengan bedak dwi cara.










5. Untuk solekan mata pula, gunakan pembayang mata warna ungu serta kelabu. Anda juga boleh mengunakan warna-warna gelap di bahagian mata untuk menyerlahkan mata anda. Gunakan pensel mata untuk membentuk bahagian mata diikuti dengan maskara.











6. Kemudian sapukan pemerah pipi dengan berus lembut. Gunakan warna yang lembut agar nampak lebih semulajadi.











7. Untuk bibir, sapukan lipstik berwarna merah jambu atau lebih lembut untuk menampakkan bibir anda lebih natural. Elakkan mengunakan lipstik dengan warna terang kerana ia membuatkan wajah anda lebih nampak matang dan garang.










8. Akhir sekali sapukan pengilat bibir dengan warna senada dengan lipstik.

Tuesday, January 19, 2010

Tips Awet Muda

Walaupun kita tidak dapat mencegah peningkatan umur, namun kita boleh melambatkan penuaan dan kedutan pada wajah. Berikut adalah tips-tips berguna untuk melambatkan penuaan pada kulit wajah anda.

1. Jika anda merokok berhentilah dengan segera kerana kandungan nikotin di dalam rokok dapat mempercepatkan kedutan terutama pada mata, keliling bibir dan dahi. Asap rokok menyebabkan kulit anda cepat kelihatan kusam dan kasar.

2. Pastikan tidur anda mencukupi iaitu selama 8 jam sehari. Tidur adalah sangat penting bagi membina sel-sel baru untuk kulit.

3. Sebelum tidur bersihkan wajah anda dari sebarang solekan. Gunakan krim malam ( anti penuaan ) dan krim untuk mata anda. Untuk siang hari gunakanlah moisturiser untuk mengelakkan kekeringan pada kulit. Kulit yang kering akan memyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat.

4. Lakukan senaman yang dapat mengeluarkan peluh setiap hari paling kurang 1 jam. Proses pengeluaran peluh sangat baik untuk kulit di samping dapat menguatkan organ-organ dalam badan.

5. Jagalah pemakanan anda. Banyakkan mengambil makanan secara segar seperti susu, sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah-buahan yang berwarna sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi bahan anti oksida. Antaranya seperti tomato, epal, papaya, limau, lobak merah, anggur dan sayur-sayuran hijau.

6. Jika anda mengambil minuman pilihlah air suam, air soya, susu, teh hijau dan jus buah-buahan, kerana minuman tersebut kaya dengan mineral yang di perlukan oleh badan juga mengandungi bahan anti oksida.

7. Ambillah supplemen tambahan seperti multi vitamin, vitamin C dan vitamin E.

8. Minum air secukupnya paling kurang 8 gelas setiap hari kerana air dapat membantu mengelakkan kekeringan pada kulit serta dapat membuang toksin dalam tubuh badan secara semulajadi.

9. Elakkan dari mengambil minuman beralkohol.

Monday, January 11, 2010

Khasiat Kunyit

Kunyit bukan sahaja boleh di gunakan untuk tujuan masakan sebagai penambah rasa tetapi ia mempunyai khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ia adalah salah satu daripada bahan herba semulajadi yang sangat berguna untuk wanita yang baru bersalin yang di campurkan bahan-bahan lain untuk dijadikan jamu. Dari segi kecantikan pula kunyit di jadikan campuran scrub atau lulur untuk menghaluskan kulit. Air kunyit jika di minum sangat elok untuk penyembuhan dalaman wanita.

Selain dari itu kaun India tradisional, kunyit dijadikan penawar untuk menyembuhkan penyakit seperti batuk, demam selsema dan penyembuhan luka. Para Saintis juga turut menyelidik apakah kunyit ini sangat baik untuk untuk tujuan perubatan. Hasil dari penyelidikan, mereka mendapati kunyit mempunyai khasiat berikut:
1. Anti-bakteria
2. Anti Ameba
3. Anti-histamina
4. Anti-radang
5. Anti-oksidan
6. Anti-reumatik
7. Anti-flatulen
8. Mengurangkan penyakit kencing manis
9. Meningkatkan kepekatan jus hempedu, bagi tujuan penghadaman.
10. Mengurangkan kolesterol pada Arteri Koronari
11. Mengurangkan tekanan darah
12. Menyembuhkan kebanyakan daripada penyakit penyakit respiratori

Saturday, January 9, 2010

Tips Menegangkan Payudara

Payudara wanita adalah salah satu aset paling berharga dan rata-rata wanita sangat mementingkan kecantikannya dan keanjalannya.

Terdapat banyak produk di pasaran yang sesetengahnya terbukti berkesan dalam menyerlahkan dan mencantikkan lagi bentuk payudara wanita. Tetapi tidak semuanya selamat. Anda yang menghadapi masalah keanjalan payudara sebaik-baiknya mendapatkan nasihat pakar agar tidak menghadapi risiko yang tidak baik.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan payudara adalah termasuk pemakanan yang tidak betul, vitamin atau mineral yang tidak mencukupi, menghadapi tekanan yang berlebihan dan kurang melakukan senaman.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda dalam memelihara bentuk payudara anda.

1. Ambillah makanan yang berkhasiat seperti susu, sayuran serta buah-buahan yang mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk pembesaran payudara anda. Mulakan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat ini sejak anda remaja lagi dan kekalkan supaya payudara anda sentiasa mendapat zat cukup. Pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan pembesarannya terbantut.

2. Tidur yang cukup dapat membantu perkembangan sel-sel payudara disamping mengurangkan tekanan.

3. Pemilihan pakaian dalam atau bra yang betul. Kebanyakan wanita melakukan kesilapan dalam pemilihan bra di mana kesilapan ini akan menyebabkan masalah keanjalan payudara. Jangan memakai bra yang terlalu ketat yang boleh menyebabkan pembesaran payudara anda terbantut manakala pemakaian bra yang terlalu longgar akan menyebabkan bentuk payudara anda tidak anjal dan tidak cantik.

4. Keraplah menekapkan payudara anda dengan kain yang berisi ais kerana ais dapat membantu menganjal dan menegangkan payudara.

5. Rajinlah melakukan senaman untuk menguatkan otot payudara anda. Jika anda kerap melakukan senaman otot payudara anda akan menjadi kuat justeru dapat mengekalkan kecantikan bentuk payudara anda.