Walaupun kita tidak dapat mencegah peningkatan umur, namun kita boleh melambatkan penuaan dan kedutan pada wajah. Berikut adalah tips-tips berguna untuk melambatkan penuaan pada kulit wajah anda.
1. Jika anda merokok berhentilah dengan segera kerana kandungan nikotin di dalam rokok dapat mempercepatkan kedutan terutama pada mata, keliling bibir dan dahi. Asap rokok menyebabkan kulit anda cepat kelihatan kusam dan kasar.
2. Pastikan tidur anda mencukupi iaitu selama 8 jam sehari. Tidur adalah sangat penting bagi membina sel-sel baru untuk kulit.
3. Sebelum tidur bersihkan wajah anda dari sebarang solekan. Gunakan krim malam ( anti penuaan ) dan krim untuk mata anda. Untuk siang hari gunakanlah moisturiser untuk mengelakkan kekeringan pada kulit. Kulit yang kering akan memyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat.
4. Lakukan senaman yang dapat mengeluarkan peluh setiap hari paling kurang 1 jam. Proses pengeluaran peluh sangat baik untuk kulit di samping dapat menguatkan organ-organ dalam badan.
5. Jagalah pemakanan anda. Banyakkan mengambil makanan secara segar seperti susu, sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah-buahan yang berwarna sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi bahan anti oksida. Antaranya seperti tomato, epal, papaya, limau, lobak merah, anggur dan sayur-sayuran hijau.
6. Jika anda mengambil minuman pilihlah air suam, air soya, susu, teh hijau dan jus buah-buahan, kerana minuman tersebut kaya dengan mineral yang di perlukan oleh badan juga mengandungi bahan anti oksida.
7. Ambillah supplemen tambahan seperti multi vitamin, vitamin C dan vitamin E.
8. Minum air secukupnya paling kurang 8 gelas setiap hari kerana air dapat membantu mengelakkan kekeringan pada kulit serta dapat membuang toksin dalam tubuh badan secara semulajadi.
9. Elakkan dari mengambil minuman beralkohol.
No comments:
Post a Comment